Saturday, September 14, 2013

Tanda Putera

Macam dah lama je tak tengok wayang,yuhuuuu.Ada satu hari tu,terserempak lah dengan my friend Anis,walaupun duduk dalam kawasanyang sama tapi susah nbenor nak jumpa, busy masing-masing.time itu lah Anis nie ajak pergi tengok wayang cerita Tanda Putera,i ok je.Lokasi sudah tentulah ALAMANDA PUTRAJAYA.Rugi nokk sapa yang tak tengok lagi cerita nie. Ini i copy paste sinopsis cerita dia,nak taip panjang benor.Hehehe..



(Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...