Tuesday, January 19, 2010

Orang Yang Mencintai Kamu


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya

2.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

3.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

4.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yangmungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

5.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

6.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.

7.Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...